KUALA LUMPUR: Pemindahan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang ke Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dilihat dapat membawa impak positif dalam jangka masa panjang terhadap pembangunan dan kemajuan masyarakat India Malaysia.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ia boleh dilaksanakan melalui pelaksanaan program berimpak tinggi, sejajar dengan pemboleh daya perpaduan iaitu 'memperkasakan komuniti minoriti dan rentan ekonomi' yang digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara.
"Saya menyambut baik penstrukturan dan penyusunan semula agensi tersebut yang dianggap sebagai satu langkah strategik untuk memperkukuh lagi peranan kementerian dan agensi-agensi berkenaan.
"KPN komited menambah baik pembangunan sosioekonomi masyarakat India melalui pemerkasaan pelbagai inisiatif dan program bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat India termasuk bidang pendidikan, ekonomi dan sosial," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Aaron berkata, program peningkatan kemahiran, pembangunan modal insan dan peluang keusahawanan juga akan terus diperkukuh bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah masyarakat India yang berpendapatan rendah (B40).
Katanya, dalam kerangka Ekonomi MADANI, turut ditekankan komitmen kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar semua kaum di Malaysia, dan sehubungan itu, KPN akan meneliti semula pelaksanaan Pelan Tindakan Masyarakat dalam memperkasakan komuniti India di Malaysia.
"Saya berharap agar penstrukturan ini dapat membawa impak positif dan kesediaan kementerian untuk terus menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India di Malaysia," katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan MITRA yang ketika itu di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan diletakkan semula di bawah KPN selepas penyusunan semula Kabinet pada 12 Dis tahun lepas. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2024
Aaron berkata, program peningkatan kemahiran, pembangunan modal insan dan peluang keusahawanan juga akan terus diperkukuh bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah masyarakat India yang berpendapatan rendah (B40). - Gambar fail/FB @Aaron Ago Dagang
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara- PM
Rakyat dituntut agar kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua situasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Agong berkenan berangkat ke majlis Rumah Terbuka JPM
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Madani Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
Jemaah menteri putuskan MITRA dikembalikan semula ke JPM - Fahmi
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kini dikembalikan semula ke Jabatan Perdana Menteri daripada Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar bidas dakwaan kerajaan tidak prihatin masalah rakyat
Harga barangan keperluan hari ini masih rendah serta stabil jika dibandingkan di zaman pentadbiran kerajaan terdahulu, tegas Perdana Menteri.
PM terkesan dengan kes rasuah Kastam di KLIA
Katanya, kecurangan masalah rasuah, biarpun membabitkan jabatan kecil di JKDM, masih boleh menyebabkan kerugian hampir RM2 bilion.
Lans koperal didakwa rogol pelajar warga Uzbekistan
Seorang lans koperal polis mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk merogol seorang remaja perempuan warga Uzbekistan.
Zolkopli Dahlan dilantik ketuai IPCC
Datuk Zolkopli Dahalan hari ini dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang turut dianggotai empat individu lain.
MITRA kembali bawah KPN bawa impak positif terhadap pembangunan masyarakat India
MITRA dan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang ke KPN dilihat dapat membawa impak positif dalam jangka masa panjang terhadap pembangunan dan kemajuan masyarakat India Malaysia.
Banjir: Hampir setengah juta bantuan diagih kepada mangsa di pantai timur - Zulkifli
Sumbangan segera berbentuk bantuan makanan dan kit kebersihan itu diagihkan menerusi program Rahmah MADANI oleh 14 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).